Ya, hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi pendidik-pendidik yang tidak terhingga jasanya... SELAMAT HARI GURU ku ucapkan kepada semua guru-guru yang pernah mengeluarkan peluh untuk mendidik anak muridmu ini. berbekalkan apa yang diajar dan dididik semasa di sekolah dulu menjadikan aku seorang yang berdikari dan benar-benar berguna.
Terima kasih banyak cikgu, tak terhingga jasamu. Walaupun mungkin ada sesetengah hamba ALLAH yang memperlekehkan pekerjaan ini, namun engkaulah yang telah melahirkan ramai orang yang berguna di dunia ini. tanpa guru, tak mungkin kita akan mempunyai perdana menteri yang boleh mentadbir negara, tanpa guru kita akan ada doktor yang boleh merawat pesakit, tanpa guru kita tidak akan ada para ulama' yang menjadi tempat rujukan dan pembawa syariat Islam di dunia ini. Semuanya bermula dengan guru.. tanpa ilmu yang dicurahkan, dunia ini akan lesu dan memboringkan. ya, jangan kita lupa.. semuanya adalah percaturan daripada ALLAH SWT.
InsyaALLAH, kalau ada rezeki aku akan menyambung warisan darimu cikgu. Aku akan cuba sampaikan ilmu yang aku perolehi kepada anak muridku nanti.. aku berharap, ilmu yang aku sampaikan nanti boleh dimanfaatkan oleh anak-anak muridku di dunia dan akhirat. akan aku contohi cara guru-guru kesayanganku dalam menyampaikan ilmu. aku bangga menjadi anak muridmu suatu ketika dahulu.. terma kasih cikgu Natipah, Cikgu Ayob.. kalian telah menarik minatku terhadap subjek matematik...